salam sahabat!
sudah terlalu lama blog ini saya tinggalkan.
saya perlu berkata pada diri, pena hendaklah selalu ditajamkan, kalau tidak ,ia akan reput dalam ketumpulan. saya harus bangkit dari kemalasan menulis..maka saya harus menulis kembali
minggu lepas, ada murid baru yang mendaftar di sekolah saya. pada mulanya saya merasakan sudah cukup sesak kelas yang sedia ada, maka pengambilan murid baru tidak diperlukan lagi di saat ini. tetapi, satu hari itu, saya menerima miss call dari 2 nombor yang tidak saya kenali. kerana tidak saya kenali, maka ianya saya biarkan saja. sehinggalah mesej-mesej berikutnya menyusul. Rupanya seorang ibu sedang bergelut mencari sebuah sekolah untuk anaknya yang istimewa. seorang lelaki 11 tahun yang didignosiskan sebagai OKU Akal. si ibu turut mempunyai seorang lagi anak cerebral palsy. Bermakna 2 orang anak istimewa dengan kecacatan agak teruk sudahlah tentu memberi tekanan yang bukan sedikit. Mungkin ada lagi secebis iman di hati saya maka perasaan kasihan itu timbul. Ibu dan si bapa akhirnya menarik nafas lega apabila saya menerima Aiman ASPEC.
Saya katakan kepada si ibu dan bapa tersebut, perkara utama yang saya akan beri perhatian ialah mengubah tingkahlaku Aiman. Dia mempunyai satu tabiaat yang suka mencekak leher orang lain. Cekaknya sangat kuat hingga boleh mengoyakkan baju dan mendatangkan kecedaraan kepada pihak terbabit. Saya amati, itu adalah caranya untuk mendapatkan perhatian dari seseorang terutama ibubapa. Dan semestinya cara yang salah itu perlu dibetulkan.
Masuk hari ini sudah 2 minggu Aiman di ASPEC. Rasa sedikit lega kerana dia sudah boleh menyuap makanan dan minuman sendiri dengan sedikit bantuan. Tingkahlaku yang suka 'mencekak leher orang' pun sudah agak berkurangan. Dia masih suka main-main dan menduga-duga adakah jika dia mencekak orang lain, guru-guru akan mengambil perhatian kepadanya. Jawapannya tidak. Air liur kena dilap sendiri dan sapu tangan yang jatuh perlu diambil sendiri.
Hari ini saya mengajar Aiman kemahiran kognitif. memasukkan manik ke dalam tin dan dia melakukannya dengan sangat baik. Itu permulaan yang baik untuk dia memahami arahan seterusnya memberikan kerjasama untuk melakukan aktiviti yang disuruh. Alhamdulillah.
Hari ini mesej dari bos saya yang mengatakan tangan anaknya seperti ada kesan cedera menghilangkan keceriaan saya. Terasa terlalu penat dengan kecederaan yang menimpa murid-murid. Purata seminggu sekali pasti ada halnya. Baru semalam saya berbincang dengan ibu Iman dan Arif kerana tertangkap melakukan 'aksi-aksi terlampau' di kamar rehat.Minggu lepas, kepala syahmi benjol terhantuk almari. Minggu yang sebelumnya pula, kepala siddiq berdarah akibat dibaling sufi yang mengamuk. Aduh! sesak dada untuk berhadapan dengan ibubapa bagi menjelaskan keadaan.
Esuk entah apa pula yang menanti..oh murid-muridku..
Rabu, 10 Mac 2010
Jumaat, 17 April 2009
Minda yang indah
Salam semua..
Minda yang indah saya ambil terjemahannya dari sebuah filem 'The Beautiful Mind'. Sebuah karya di layar perak tentang golongan istimewa yang bagi saya cukup menyentuh hati.
kerana hari ini hari pertama saya mencipta dan menulis di blog ini, makanya idea agak kurang licin.Lepas hantar Fareez balik, lepak sekejab berbual-bual dengan ibunya yang ramah itu, saya singgah dulu di CC.Di tambah penat baru balik kerja, tergesa-gesa sedangkan pukul 9 nanti ada hal yang memaksa saya untuk pulang ke rumah lebih awal. Esuk cuti kan? tapi esuk saya ada kelas dengan Nazif di Cheras. Sudah lebih kurang 3 minggu kelas dengannya asyik ditunda. Lepas segalanya selesai, barulah bergerak balik kampung..
jumpa lagi esuk.lagipun tengah lapar nasi.nak makan dulu..

Langgan:
Ulasan (Atom)